Thursday, May 15, 2014

Penggunaan Minyak Masak Berulang Kali

Apa khabar semua? Sihat? Tajuk kali ni sengaja tulis almaklumlah, sekarang ni tengah switch on mood menjaga kesihatan. Sejak terlibat dalam bidang kesihatan, dan dapat tengok macam-macam jenis penyakit, dah insaf. Kalau dulu suka makan kulit ayam goreng yang penuh dengan minyak tu, sekarang nak makan pun fikir banyak kali, takut kolesterol naik, bila kolesterol tinggi banyak penyakit datang contohnya penyakit jantung. Walaupun belum tua (perasan muda)**tapi sebenarnya penjagaan kesihatan bermula dari kita muda. Takkanlah nak makan melantak ja time muda-muda ni then bila dah tua, dah sakit barulah jaga pemakanan kita. Salah tu, time tu, cuma boleh kawal ja lah, penyakit dah dapat.

Kita teruskan kepada tajuk kali ni. Anda mesti selalu guna minyak masak kan? Tapi, berapa kali anda tukar minyak masak ni lepas dah guna ya? Kalau nak tahu, sila baca sampai habis, huhu.

Minyak masak yang biasa digunakan untuk kita menggoreng adalah minyak kelapa sawit atau palm olein. Warna minyak masak pula berbeza mengikut sumbernya. Warna minyak sawit adalah dari kuning ke merah-merahan, manakala warna minyak zaitun adalah dari kuning ke hijau lembut. Perubahan minyak masak berlaku semasa proses menggoreng makanan melalui pengoksidaan, polimerisasi, atau hidrolisis yang menghasilkan warna minyak yang keperang-perangan serta bau yang tengit.
                      

Amalan Yang Perlu Dilakukan Bagi Menjamin Kualiti Makanan Bergoreng

  • guna alat menggoreng yang mudah dibersihkan dan diselenggara. Sebaik-baiknya alat, bakul, dan peralatan seperti alat penapis minyak, senduk atau alat kacau diperbuat daripada stainless steel.
  • bersihkan alat menggoreng dan penapisan minyak masak secara berjadual.
  • guna alat tapis atau sistem penapisan minyak. Minyak masak perlu disejukkan terlebih dahulu sebelum ditapis.
  • keluarkan gam yang terbentuk daripada minyak menggoreng yang melekat pada alat menggoreng. Isikan alat dengan air setelah menapis keluar minyak masak. Didihkan air selama 30 minit bagi menanggalkan gam yang terbentuk.
  • elakkan memasukkan garam dalam minyak masak semasa menggoreng.
  • elakkan pendedahan minyak masak kepada cahaya sinar matahari atau ultra ungu.
  • elakkan menambah minyak masak yang baru kedalam minyak masak yang digunakan.
  • pastikan minyak masak tidak melebihi 180 darjah celcius (jika ada alat kawalan suhu) atau minyak masak tidak berasap.
  • pastikan kandungan makanan dalam minyak menggoreng tidak melebihi 1/6 minyak.
Jadi, bilakah masa yang sesuai untuk anda membuang minyak yang telah digunakan? Anda perlu membuang minyak tersebut apabila:
                                           

  • pembuihan/kelikatan/kepekatan minyak semasa menggoreng makanan
  • makanan yang digoreng menjadi terlalu perang dan berubah rasa menjadi tak sedap disebabkan sisa dalam minyak.
  • perubahan warna kepada keperang-perangan dan perubahan bau.
Lepas dah baca artikel ni, cepat-cepat pergi check minyak yang kita guna kat dapur, bukan apa, penggunaan minyak berulang kali ni sebenarnya tak baik untuk kesihatan sebab minyak tu sendiri dah mengalami pelbagai proses kimia sewaktu kita menggoreng. Setakat dua tiga kali kita guna minyak yang sama kalau tak ada sebarang perubahan tak apa, janganlah lebih dari tu.

No comments:

Post a Comment