Tuesday, May 20, 2014

Keajaiban di Depan Mata

Assalamualaikum semua,

Sy baru sahaja menghabiskan praktikal di dewan bersalin. Perasaan kali pertama tengok proses kelahiran memang takkan dilupakan sampai bila-bila. Bagi sy, adalah satu keajaiban apabila kita dapat merasakan ada nadi lain yang berdenyut dalam tubuh badan kita. Kuasa Allah, Subhanallah. Terasa hebatnya ciptaan Allah bila seseorang perempuan itu boleh mengandung di tempat yang sesempit dah sekecil rahim. Sy rasa tidak wajar untuk anak-anak diluar sana menderhakai dan melawan cakap ibunya.


Bila dapat menyaksikan secara live proses kelahiran secara normal ni, sy dapat merasakan sakitnya seorang ibu tu bila tiba waktu untuk melahirkan anak. Masa tu rasa sayang dekat mak bercambah-cambah. Padanlah orang yang melahirkan anak ni akan diampunkan dosanya oleh Allah, memang setimpal dengan apa yang mereka lalui.

                                      
Sepanjang 8 kelahiran normal yang sy dapat tengok, semuanya melalui pengalaman yang berbeza. Selalunya, ibu yang mengandung anak pertama akan sedikit kekok ketika proses bersalin, manakala ibu yang sudah ada pengalaman bersalin akan lebih confident sepanjang proses bersalin. Cuma, apa yang sy perhatikan dalam kebanyakan kes, ibu masih tidak tahu cara yang betul untuk meneran walaupun sudah mempunyai pengalaman bersalin.

Cara betul untuk meneran ialah ibu perlu menarik nafas dalam-dalam, dan teran apabila terdapat kontraksi yang berlaku. Ibu perlu meneran secara bersambung-sambung ketika kontraksi berlaku, maksudnya ibu perlu mencuri nafas setelah habis nafas dan teruskan meneran dan begitulah seterusnya. Jika tiada sebarang kontraksi berlaku, ibu perlu menarik nafas dalam-dalam dan cuma meneran jika ada kontraksi.

Setelah melihat sendiri proses kelahiran ini, sy berpendapat bahawa setiap ibu hamil perlu diberikan pendidikan kesihatan dan diajar cara meneran yang betul semasa proses kelahiran. Proses kelahiran akan menjadi lebih mudah jika si ibu tahu cara meneran yang betul dan memberikan kerjasama yang baik dengan doktor atau jururawat yang sedang mengendalikan kelahiran.

Senaman sewaktu hamil juga akan membantu memudahkan proses kelahiran. Salah satunya adalah senaman Kegel ataupun senaman kemut. Ianya adalah satu senaman untuk menguatkan lantai pelvik. Senaman ini sangat baik untuk ibu hamil atas dua sebab penting. Pertama, senaman Kegel membantu ibu hamil mengawal kekejapan lantai pelvik. Maka ini boleh mengurangkan kes keguguran pramatang akibat serviks yang lemah ataupun tidak cukup kuat untuk menampung berat bayi di dalam kandungan. Senaman ini sangat baik untuk ibu hamil atas dua sebab penting. Kedua, dengan melakukan senaman Kegel, ibu hamil akan membentuk otot pelvik yang lebih kuat untuk meneran bayi ketika proses kelahiran kelak. Otot pelvik yang lebih kuat juga akan mengurangkan risiko koyakkan ketika meneran.

Senaman Kegel mudah sahaja dilakukan iaitu dengan:

  • Mulakan dengan berbaring. Kemutkan otot pelvik seperti mahu menahan air kencing.
  • Tahan selama 2-3 saat.
  • Lepaskan ia perlahan-lahan dan rehat sebentar.
  • Sebagai permulaan, cuba dapatkan 20 kali ulangan setiap hari.
  • Anda mungkin boleh meningkatkan masa kecutan sekiranya otot sudah menjadi kuat. Anda juga boleh melakukan senaman ini di mana-mana sahaja, pada sebarang waktu.
  • Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa melakukan ini.                                                                                                         
Diharapkan ada yang akan mendapat manfaat dari perkongsian  kali ini. Wasalam.

Saturday, May 17, 2014

Cara-cara Seorang Isteri Mendapatkan Pujian Suami

Pujian dari orang yang disayangi terutamanya si suami boleh menambahkan hormon oxytocin(hormon keceriaan). Lain pula situasinya jika kita menerima pujian dari orang lain kerana fikiran kita akan berputar-putar memikirkan apakah maksud pujian dari orang tersebut. Berikut merupakan cara-cara untuk seseorang isteri mendapatkan pujian dari suaminya.

  1. Setiap kali anda beli pakaian atau aksesori, tunjukkan kepada suami agar dia sedar perkara itu. Jangan harap suami tahu dengan sendiri melainkan anda sendiri beritahu kepadanya.
  2. Jika inginkan pandangan dia mengenai pakaian baru anda itu, carilah masa suami yang sesuai iaitu semasa dia selesai makan dan sedang bersantai merehatkan badan di sofa kesayangannya. Waktu dia tidak sibuk dengan tugasnya.
  3. Hanya meminta pandangan tentang baju dan aksesori bukan membuat keputusan. Jika percakapan anda menggambarkan dia perlu menyelesaikannya, dia terus stres sebab dia sedar yang dirinya buta warna dan tidak pandai membuat keputusan.
  4. Sila sediakan soalan yang objektif, yang ada dua jawapan untuk dia pilih bukannya soalan subjektif. Ini akan menyebabkan dia terus stres. Contoh soalan objektif: "Diantara baju merah dengan baju biru, yang manakah yang abang suka"? Contoh soalan subjektif: "Apa pandangan abang mengenai baju baru ini?"
  5. Beri kucupan dipipinya jika dia telah memenuhi kehendak emosi anda walaupun anda tahu yang dia buta warna dan mungkin dia sendiri tidak faham akan pujiannya tadi.
  

\


Thursday, May 15, 2014

Penggunaan Minyak Masak Berulang Kali

Apa khabar semua? Sihat? Tajuk kali ni sengaja tulis almaklumlah, sekarang ni tengah switch on mood menjaga kesihatan. Sejak terlibat dalam bidang kesihatan, dan dapat tengok macam-macam jenis penyakit, dah insaf. Kalau dulu suka makan kulit ayam goreng yang penuh dengan minyak tu, sekarang nak makan pun fikir banyak kali, takut kolesterol naik, bila kolesterol tinggi banyak penyakit datang contohnya penyakit jantung. Walaupun belum tua (perasan muda)**tapi sebenarnya penjagaan kesihatan bermula dari kita muda. Takkanlah nak makan melantak ja time muda-muda ni then bila dah tua, dah sakit barulah jaga pemakanan kita. Salah tu, time tu, cuma boleh kawal ja lah, penyakit dah dapat.

Kita teruskan kepada tajuk kali ni. Anda mesti selalu guna minyak masak kan? Tapi, berapa kali anda tukar minyak masak ni lepas dah guna ya? Kalau nak tahu, sila baca sampai habis, huhu.

Minyak masak yang biasa digunakan untuk kita menggoreng adalah minyak kelapa sawit atau palm olein. Warna minyak masak pula berbeza mengikut sumbernya. Warna minyak sawit adalah dari kuning ke merah-merahan, manakala warna minyak zaitun adalah dari kuning ke hijau lembut. Perubahan minyak masak berlaku semasa proses menggoreng makanan melalui pengoksidaan, polimerisasi, atau hidrolisis yang menghasilkan warna minyak yang keperang-perangan serta bau yang tengit.
                      

Amalan Yang Perlu Dilakukan Bagi Menjamin Kualiti Makanan Bergoreng

  • guna alat menggoreng yang mudah dibersihkan dan diselenggara. Sebaik-baiknya alat, bakul, dan peralatan seperti alat penapis minyak, senduk atau alat kacau diperbuat daripada stainless steel.
  • bersihkan alat menggoreng dan penapisan minyak masak secara berjadual.
  • guna alat tapis atau sistem penapisan minyak. Minyak masak perlu disejukkan terlebih dahulu sebelum ditapis.
  • keluarkan gam yang terbentuk daripada minyak menggoreng yang melekat pada alat menggoreng. Isikan alat dengan air setelah menapis keluar minyak masak. Didihkan air selama 30 minit bagi menanggalkan gam yang terbentuk.
  • elakkan memasukkan garam dalam minyak masak semasa menggoreng.
  • elakkan pendedahan minyak masak kepada cahaya sinar matahari atau ultra ungu.
  • elakkan menambah minyak masak yang baru kedalam minyak masak yang digunakan.
  • pastikan minyak masak tidak melebihi 180 darjah celcius (jika ada alat kawalan suhu) atau minyak masak tidak berasap.
  • pastikan kandungan makanan dalam minyak menggoreng tidak melebihi 1/6 minyak.
Jadi, bilakah masa yang sesuai untuk anda membuang minyak yang telah digunakan? Anda perlu membuang minyak tersebut apabila:
                                           

  • pembuihan/kelikatan/kepekatan minyak semasa menggoreng makanan
  • makanan yang digoreng menjadi terlalu perang dan berubah rasa menjadi tak sedap disebabkan sisa dalam minyak.
  • perubahan warna kepada keperang-perangan dan perubahan bau.
Lepas dah baca artikel ni, cepat-cepat pergi check minyak yang kita guna kat dapur, bukan apa, penggunaan minyak berulang kali ni sebenarnya tak baik untuk kesihatan sebab minyak tu sendiri dah mengalami pelbagai proses kimia sewaktu kita menggoreng. Setakat dua tiga kali kita guna minyak yang sama kalau tak ada sebarang perubahan tak apa, janganlah lebih dari tu.