Saturday, February 22, 2014

9 Idea Romantis Untuk Suami "Surprise"kan Isteri

1. Beri pasangan 12 kuntum bunga mawar dengan sentuhan gubahan kreatif. Contohnya dengan menggabungkan kreativiti bermain dengan elemen warna. Beri sebelas mawar merah dan satu mawar putih. Sambil itu sertakan lampiran nota yang berbunyi: "Terdapat sahaja bunga cantik yang banyak tetapi ada satu istimewa yang berdiri diluar dan awaklah yang satu itu"

                                              

2. Belikan pasangan anda sebuah jam tangan. Tidak perlu terlalu mahal, bersesuaian dengan badget. Sertakan nota dengan tulisan "Saya sentiasa mempunyai masa untuk awak"
3. Lampirkan bil not RM100-200 atau giftcard, voucher membeli-belah, bersama-sama dengan nota kepadanya dengan berkata, "Pilihlah, itu semua untuk awak"4. Raikan peristiwa penting hidup anda. 4.Kenalpasti satu peristiwa penting anda berdua bersama-sama. Raikan peristiwa itu setiap tahun. Biasanya hari penikahan anda.
5. Amalan hari ganjil dan genap percintaan. Ianya adalah amalan setiap hari. Contohnya anda memilih hari genap untuk menjadi romantik, dan pada hari-hari ganjil seterusnya tiba pula giliran pasangan anda untuk menjadi romantik.
6. Mandi bersama-sama dengan isteri. Balutkan dirinya dan bantulah mengeringkan rambutnya.
7. Tulis kepada pasangan surat cinta atau puisi pada satu lembaran kertas. Boleh sahaja besar atau kecil. Ataupun buat puzzle. Gamkan pada kadbod nipis, potong ia menjadi kepingan berbentuk teka-teki, kemudian kirimkan semua kepingan tersebut. Ataupun, untuk kesan romantik lagi, e-mel sekeping potongan teka-teki setiap hari! Biar dia ternanti-nanti.
8. Tulis banyak perkataan ‘ciuman’. Potong ia kecil-kecil dengan gunting. Isi dan letaknya dalam kotak perhiasan. Tulis satu sijil menjelaskan bahawa kupon boleh ditebus dan hadiahnya adalah ciuman daripada anda.
9. Beri hadiah trofi atau pingat kepadanya. Pergi sahaja kedai trofi untuk mendapatkan pelbagai idea. Contoh hadiah yang dapat diberikan adalah seperti plat, pingat, reben, tanda nama, sijil dan sepanduk.

Ganjaran Isteri Memasak Untuk Suami Dan Anak - Anak
Rasulullah S.A.W berkata kepada puteri kesayangannya:
"Wahai Fatimah. Kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit antara dirinya dengan neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dengannya adalah sejauh langit dengan bumi" (Abu Hurairah r.a).



Wednesday, February 5, 2014

Kerjaya Sebagai Penolong Pegawai Perubatan

Pernah dengar tak dressar? Pernah dengar tak medical assisstant (MA)/Penolong Pegawai Perubatan? Hah, samalah semua tu. Kalau dulu kat kampung, MA ni dipanggil dressar. Walaupun nama MA ni banyak kali ditukar, tapi panggilan dressar lah yang paling diingati. Kalau cakap kat atuk nenek kita dressar ni mesti diorang tahu. Sekarang ni dah banyak perubahan, panggilan dressar dah ditukar kepada  MA dan sekarang dah ada MA perempuan, dulunya tak ada. Diorang yang tak tahu mesti akan panggil MA perempuan ni nurse sebab baju MA putih sama dengan nurse tapi bagi yang tajam penglihatannya, mesti akan pelik sebab ada beza baju nurse dengan MA. Baju dan seluar nurse semua putih manakala baju MA putih tapi seluarnya hitam. Tempat kerja MA dan nurse pun berbeza. Nurse kebanyakkannya kerja di wad, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA), tapi MA kebanyakannya kerja di Jabatan Kecemasan, dan Klinik Pesakit Luar(OPD). Cumanya, kalau nampak baju putih seluar hitam ni di wad, jangan pelik ya, itulah student MA yang tengah praktikal. Time praktikal, MA ni akan ditempatkan di wad perubatan, surgikal, ortopedik, dan sebagainya tapi time kerja betul-betul nanti tak diletakkan kat dalam wad.


                                                                   -ihsan dari google

Sekilas imbasan mengenai tugas-tugas MA:


Peranan Primer:

1.1Penjagaan Perubatan Primer
*Memeriksa, mendiagnosis dan merawat penyakit yang ringan
*Memberikan pendidikan kesihatan berkaitan kepada individu, kumpulan dan masyarakat
*Mendispens, memesan dan menyimpan ubat-ubatan
*Membantu dalam program latihan paramedikal dan auksiliari kakitangan dibawah seliaannya
*Menyimpan semua rekod yang berkaitan dengan pendaftaran, penjagaan pesakit dan kematian

1.2Penjagaan Kemalangan dan Kecemasan

*Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujuk kes-kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepada Pegawai Perubatan.
*Sebagai Ketua Pasukan Ambulan dan memberi rawatan kecemasan mengikut protokol yang telah ditetapkan.

1.3Pentadbiran

*Tugas-tugas penyeliaan kakitangan dibawah jagaannya serta memeriksa dan menyimpan alat pemulihan dan bekalan perubatan di Jabatan Pesakit Luar, Jabatan Kemalangan dan Kecemasan serta ambulans
*Menguruskan bilik mayat dan pemeriksaan bedah siasat mayat di hospital

2.Peranan Khusus

*Penjagaan khusus di Unit-unit khas dan wad-wad seperti Unit Ortopedik, Psikiatrik, Kardiologi dan lain-lain
*Menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan mengendalikan latihan di jabatan atau program tertentu.

Jadi, dah tahu kan sedikit sebanyak bidang tugas MA ni? Berbezakan bidang tugas MA dengan doktor dan nurse?Jadi, harap lepas ni tak ada yang keliru dah ya? Bagi sesiapa yang berminat nak mohon jawatan MA ni boleh mohon di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dibawah Program Separa Perubatan. Selalunya SPA akan selalu update mengenai pengambilan Program Separa Perubatan, jadi rajin-rajinlah baca surat khabar atau lawat laman web ni. Bila nak isi maklumat di laman web ni nanti, bolehlah pilih jawatan Penolong Pegawai Perubatan sebagai pilihan anda. Selamat Berjaya!