Monday, July 14, 2014

Sekitar Permandangan Di Taman Gunung Lang

Assalamualaikum,

Dah lama dengar pasal Taman Gunung Lang, Ipoh ni cuma tak tahu jalan ke tempatnya. Maklumlah, sy sendiri bukan asal orang Perak. Lepas search punya search, rupanya dekat ja dari tempat tinggal kat Perak ni. Jadi, hujung minggu sebelum bulan puasa, sy pun pergilah bersiar kat sini.
Alhamdulilah..dah selamat sampai pun.


Ramai rupanya yang bersiar petang-petang kat sini.

Sejuk sangat angin kat sekitar di. Ditambah lagi ada air terjun.

Ada perkhidmatan bot yang disediakan untuk pengunjung mengelilingi tasik di sini.

Apa yang sy boleh katakan, taman rekreasi ni tidaklah sebesar mana, tapi untuk sesiapa yang sukakan kehijauan alam, tempat ini mendamaikan untuk anda.






Sekitar Permandangan Di Kellies Castle

Assalamualaikum,

Kalau sebut tempat perlancongan yang terkenal di Perak ni mesti anda terbayangkan Kellie’s Castle. Dulu waktu dengar Kellie’s Castle ni, sy bayangkan istana yang besar dan cantik. Ini lah kali pertama sy menjejakkan kaki ke sana. Kellie’s Castle ini rupanya adalah tinggalan bangunan lama dan besarnya rumah ini seakan-akan istana. Rumah ini juga banyak bilik-bilik yang tersembunyi atau terowong rahsia di bawahnya. Jom kita layan gambar di sekitar Kellie’s Castle.
Istana yang dikatakan berhantu.

Permandangan dari atas Kellie's Castle. Di hadapan istana ini terdapat sungai.

Terdapat taman yang digunakan oleh keluarga William untuk beristirehat suatu ketika dulu.Besar taman ni dan permandangan disekitarnya sangat cantik.

Dari tepi tinggalan Kellie's Castle ini terdapat satu bangunan lagi yang belum siap dibina oleh keluarga William. Bangunan ini merupakan bangunan tambahan kepada Kellie's Castle yang antaranya menempatkan bilik untuk pembantu rumah.

Tapak binaan yang terbengkalai lama.

Kawasan belakang istana yang luas.

Antara barang-barang asal yang digunakan oleh keluarga William didalam istana ini.

Permandangan pada bahagian paling atas istana lama ini.

Setakat itu sahaja jalan-jalan untuk kali ini..Selamat tinggal Kellie's Castle...








Monday, June 2, 2014

Apa Yang Seorang Isteri Inginkan

  • Seorang isteri biasanya inginkan perhatian sepenuhnya suami terhadap dirinya. Isteri akan susah hati apabila anda mula beri perhatian selain dirinya terutama apabila anda memuji wanita-wanita lain.
  • Seorang isteri inginkan suaminya meluangkan waktu bersamanya berbanding lepak di luar bersama rakan-rakan.
  • Seorang isteri mahukan komitmen dari suami terutama apabila melibatkan hal keluarga. Sikap suami yang selalu lepas tangan akan menyebabkan isteri rasa tertekan. Secara tidak langsung, hubungan suami isteri akan mula menjauh antara satu sama lain.
  • Seorang isteri mahu suaminya selalu memuji dan memikat dirinya. Sikap isteri yang mahu di puji bukanlah bermakna isteri itu bersikap gedik dan sebagainya tetapi dia cuma mahu dirinya dimanja dan dibelai suaminya.
  • Seorang isteri mahu suaminya sentiasa bersikap romantik terhadap dirinya. Setiap hari dia pasti berangan-angan si suami akan kejutkan dia dengan hadiah seperti bunga dan sebagainya. Wanita sangat suka pada perkara kejutan.
  • Seorang isteri juga mahu si suami selalu berbual dan bertukar pendapat dengan dirinya. Apabila berkahwin, isteri sebenarnya telah beri 100 % komitmen terhadap diri anda. Jika anda tidak berbual dengan isteri anda, tidak ada yang akan berbual dengannya. Oleh itu, rapatkan diri anda dengan isteri anda dengan selalu berkomunikasi dengannya dalam berbagai hal.
  • Seorang isteri sentiasa mahukan suami yang memahami dirinya. Dia mahu suaminya selalu menyelami hatinya.
  • Seorang isteri mahu suaminya sentiasa menggoda dirinya dan rasa seronok melakukan hubungan suami isteri dengannya.
  • Seorang isteri mahukan seorang suami yang sentiasa menghargai dirinya. Maksud dihargai itu bukanlah suami perlu beri hadiah pada setiap masa. Ucapan terima kasih juga sudah memadai kerana isteri selalunya ikhlas berkhidmat terhadap keluarga.
  • Seorang isteri mahukan suaminya sentiasa beri sokongan terhadap dirinya. Dia mahukan suaminya percaya akan dirinya berbanding percaya pada orang lain.
                               

Tuesday, May 20, 2014

Keajaiban di Depan Mata

Assalamualaikum semua,

Sy baru sahaja menghabiskan praktikal di dewan bersalin. Perasaan kali pertama tengok proses kelahiran memang takkan dilupakan sampai bila-bila. Bagi sy, adalah satu keajaiban apabila kita dapat merasakan ada nadi lain yang berdenyut dalam tubuh badan kita. Kuasa Allah, Subhanallah. Terasa hebatnya ciptaan Allah bila seseorang perempuan itu boleh mengandung di tempat yang sesempit dah sekecil rahim. Sy rasa tidak wajar untuk anak-anak diluar sana menderhakai dan melawan cakap ibunya.


Bila dapat menyaksikan secara live proses kelahiran secara normal ni, sy dapat merasakan sakitnya seorang ibu tu bila tiba waktu untuk melahirkan anak. Masa tu rasa sayang dekat mak bercambah-cambah. Padanlah orang yang melahirkan anak ni akan diampunkan dosanya oleh Allah, memang setimpal dengan apa yang mereka lalui.

                                      
Sepanjang 8 kelahiran normal yang sy dapat tengok, semuanya melalui pengalaman yang berbeza. Selalunya, ibu yang mengandung anak pertama akan sedikit kekok ketika proses bersalin, manakala ibu yang sudah ada pengalaman bersalin akan lebih confident sepanjang proses bersalin. Cuma, apa yang sy perhatikan dalam kebanyakan kes, ibu masih tidak tahu cara yang betul untuk meneran walaupun sudah mempunyai pengalaman bersalin.

Cara betul untuk meneran ialah ibu perlu menarik nafas dalam-dalam, dan teran apabila terdapat kontraksi yang berlaku. Ibu perlu meneran secara bersambung-sambung ketika kontraksi berlaku, maksudnya ibu perlu mencuri nafas setelah habis nafas dan teruskan meneran dan begitulah seterusnya. Jika tiada sebarang kontraksi berlaku, ibu perlu menarik nafas dalam-dalam dan cuma meneran jika ada kontraksi.

Setelah melihat sendiri proses kelahiran ini, sy berpendapat bahawa setiap ibu hamil perlu diberikan pendidikan kesihatan dan diajar cara meneran yang betul semasa proses kelahiran. Proses kelahiran akan menjadi lebih mudah jika si ibu tahu cara meneran yang betul dan memberikan kerjasama yang baik dengan doktor atau jururawat yang sedang mengendalikan kelahiran.

Senaman sewaktu hamil juga akan membantu memudahkan proses kelahiran. Salah satunya adalah senaman Kegel ataupun senaman kemut. Ianya adalah satu senaman untuk menguatkan lantai pelvik. Senaman ini sangat baik untuk ibu hamil atas dua sebab penting. Pertama, senaman Kegel membantu ibu hamil mengawal kekejapan lantai pelvik. Maka ini boleh mengurangkan kes keguguran pramatang akibat serviks yang lemah ataupun tidak cukup kuat untuk menampung berat bayi di dalam kandungan. Senaman ini sangat baik untuk ibu hamil atas dua sebab penting. Kedua, dengan melakukan senaman Kegel, ibu hamil akan membentuk otot pelvik yang lebih kuat untuk meneran bayi ketika proses kelahiran kelak. Otot pelvik yang lebih kuat juga akan mengurangkan risiko koyakkan ketika meneran.

Senaman Kegel mudah sahaja dilakukan iaitu dengan:

  • Mulakan dengan berbaring. Kemutkan otot pelvik seperti mahu menahan air kencing.
  • Tahan selama 2-3 saat.
  • Lepaskan ia perlahan-lahan dan rehat sebentar.
  • Sebagai permulaan, cuba dapatkan 20 kali ulangan setiap hari.
  • Anda mungkin boleh meningkatkan masa kecutan sekiranya otot sudah menjadi kuat. Anda juga boleh melakukan senaman ini di mana-mana sahaja, pada sebarang waktu.
  • Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa melakukan ini.                                                                                                         
Diharapkan ada yang akan mendapat manfaat dari perkongsian  kali ini. Wasalam.

Saturday, May 17, 2014

Cara-cara Seorang Isteri Mendapatkan Pujian Suami

Pujian dari orang yang disayangi terutamanya si suami boleh menambahkan hormon oxytocin(hormon keceriaan). Lain pula situasinya jika kita menerima pujian dari orang lain kerana fikiran kita akan berputar-putar memikirkan apakah maksud pujian dari orang tersebut. Berikut merupakan cara-cara untuk seseorang isteri mendapatkan pujian dari suaminya.

  1. Setiap kali anda beli pakaian atau aksesori, tunjukkan kepada suami agar dia sedar perkara itu. Jangan harap suami tahu dengan sendiri melainkan anda sendiri beritahu kepadanya.
  2. Jika inginkan pandangan dia mengenai pakaian baru anda itu, carilah masa suami yang sesuai iaitu semasa dia selesai makan dan sedang bersantai merehatkan badan di sofa kesayangannya. Waktu dia tidak sibuk dengan tugasnya.
  3. Hanya meminta pandangan tentang baju dan aksesori bukan membuat keputusan. Jika percakapan anda menggambarkan dia perlu menyelesaikannya, dia terus stres sebab dia sedar yang dirinya buta warna dan tidak pandai membuat keputusan.
  4. Sila sediakan soalan yang objektif, yang ada dua jawapan untuk dia pilih bukannya soalan subjektif. Ini akan menyebabkan dia terus stres. Contoh soalan objektif: "Diantara baju merah dengan baju biru, yang manakah yang abang suka"? Contoh soalan subjektif: "Apa pandangan abang mengenai baju baru ini?"
  5. Beri kucupan dipipinya jika dia telah memenuhi kehendak emosi anda walaupun anda tahu yang dia buta warna dan mungkin dia sendiri tidak faham akan pujiannya tadi.
  

\


Thursday, May 15, 2014

Penggunaan Minyak Masak Berulang Kali

Apa khabar semua? Sihat? Tajuk kali ni sengaja tulis almaklumlah, sekarang ni tengah switch on mood menjaga kesihatan. Sejak terlibat dalam bidang kesihatan, dan dapat tengok macam-macam jenis penyakit, dah insaf. Kalau dulu suka makan kulit ayam goreng yang penuh dengan minyak tu, sekarang nak makan pun fikir banyak kali, takut kolesterol naik, bila kolesterol tinggi banyak penyakit datang contohnya penyakit jantung. Walaupun belum tua (perasan muda)**tapi sebenarnya penjagaan kesihatan bermula dari kita muda. Takkanlah nak makan melantak ja time muda-muda ni then bila dah tua, dah sakit barulah jaga pemakanan kita. Salah tu, time tu, cuma boleh kawal ja lah, penyakit dah dapat.

Kita teruskan kepada tajuk kali ni. Anda mesti selalu guna minyak masak kan? Tapi, berapa kali anda tukar minyak masak ni lepas dah guna ya? Kalau nak tahu, sila baca sampai habis, huhu.

Minyak masak yang biasa digunakan untuk kita menggoreng adalah minyak kelapa sawit atau palm olein. Warna minyak masak pula berbeza mengikut sumbernya. Warna minyak sawit adalah dari kuning ke merah-merahan, manakala warna minyak zaitun adalah dari kuning ke hijau lembut. Perubahan minyak masak berlaku semasa proses menggoreng makanan melalui pengoksidaan, polimerisasi, atau hidrolisis yang menghasilkan warna minyak yang keperang-perangan serta bau yang tengit.
                      

Amalan Yang Perlu Dilakukan Bagi Menjamin Kualiti Makanan Bergoreng

  • guna alat menggoreng yang mudah dibersihkan dan diselenggara. Sebaik-baiknya alat, bakul, dan peralatan seperti alat penapis minyak, senduk atau alat kacau diperbuat daripada stainless steel.
  • bersihkan alat menggoreng dan penapisan minyak masak secara berjadual.
  • guna alat tapis atau sistem penapisan minyak. Minyak masak perlu disejukkan terlebih dahulu sebelum ditapis.
  • keluarkan gam yang terbentuk daripada minyak menggoreng yang melekat pada alat menggoreng. Isikan alat dengan air setelah menapis keluar minyak masak. Didihkan air selama 30 minit bagi menanggalkan gam yang terbentuk.
  • elakkan memasukkan garam dalam minyak masak semasa menggoreng.
  • elakkan pendedahan minyak masak kepada cahaya sinar matahari atau ultra ungu.
  • elakkan menambah minyak masak yang baru kedalam minyak masak yang digunakan.
  • pastikan minyak masak tidak melebihi 180 darjah celcius (jika ada alat kawalan suhu) atau minyak masak tidak berasap.
  • pastikan kandungan makanan dalam minyak menggoreng tidak melebihi 1/6 minyak.
Jadi, bilakah masa yang sesuai untuk anda membuang minyak yang telah digunakan? Anda perlu membuang minyak tersebut apabila:
                                           

  • pembuihan/kelikatan/kepekatan minyak semasa menggoreng makanan
  • makanan yang digoreng menjadi terlalu perang dan berubah rasa menjadi tak sedap disebabkan sisa dalam minyak.
  • perubahan warna kepada keperang-perangan dan perubahan bau.
Lepas dah baca artikel ni, cepat-cepat pergi check minyak yang kita guna kat dapur, bukan apa, penggunaan minyak berulang kali ni sebenarnya tak baik untuk kesihatan sebab minyak tu sendiri dah mengalami pelbagai proses kimia sewaktu kita menggoreng. Setakat dua tiga kali kita guna minyak yang sama kalau tak ada sebarang perubahan tak apa, janganlah lebih dari tu.

Saturday, February 22, 2014

9 Idea Romantis Untuk Suami "Surprise"kan Isteri

1. Beri pasangan 12 kuntum bunga mawar dengan sentuhan gubahan kreatif. Contohnya dengan menggabungkan kreativiti bermain dengan elemen warna. Beri sebelas mawar merah dan satu mawar putih. Sambil itu sertakan lampiran nota yang berbunyi: "Terdapat sahaja bunga cantik yang banyak tetapi ada satu istimewa yang berdiri diluar dan awaklah yang satu itu"

                                              

2. Belikan pasangan anda sebuah jam tangan. Tidak perlu terlalu mahal, bersesuaian dengan badget. Sertakan nota dengan tulisan "Saya sentiasa mempunyai masa untuk awak"
3. Lampirkan bil not RM100-200 atau giftcard, voucher membeli-belah, bersama-sama dengan nota kepadanya dengan berkata, "Pilihlah, itu semua untuk awak"4. Raikan peristiwa penting hidup anda. 4.Kenalpasti satu peristiwa penting anda berdua bersama-sama. Raikan peristiwa itu setiap tahun. Biasanya hari penikahan anda.
5. Amalan hari ganjil dan genap percintaan. Ianya adalah amalan setiap hari. Contohnya anda memilih hari genap untuk menjadi romantik, dan pada hari-hari ganjil seterusnya tiba pula giliran pasangan anda untuk menjadi romantik.
6. Mandi bersama-sama dengan isteri. Balutkan dirinya dan bantulah mengeringkan rambutnya.
7. Tulis kepada pasangan surat cinta atau puisi pada satu lembaran kertas. Boleh sahaja besar atau kecil. Ataupun buat puzzle. Gamkan pada kadbod nipis, potong ia menjadi kepingan berbentuk teka-teki, kemudian kirimkan semua kepingan tersebut. Ataupun, untuk kesan romantik lagi, e-mel sekeping potongan teka-teki setiap hari! Biar dia ternanti-nanti.
8. Tulis banyak perkataan ‘ciuman’. Potong ia kecil-kecil dengan gunting. Isi dan letaknya dalam kotak perhiasan. Tulis satu sijil menjelaskan bahawa kupon boleh ditebus dan hadiahnya adalah ciuman daripada anda.
9. Beri hadiah trofi atau pingat kepadanya. Pergi sahaja kedai trofi untuk mendapatkan pelbagai idea. Contoh hadiah yang dapat diberikan adalah seperti plat, pingat, reben, tanda nama, sijil dan sepanduk.

Ganjaran Isteri Memasak Untuk Suami Dan Anak - Anak
Rasulullah S.A.W berkata kepada puteri kesayangannya:
"Wahai Fatimah. Kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit antara dirinya dengan neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dengannya adalah sejauh langit dengan bumi" (Abu Hurairah r.a).



Wednesday, February 5, 2014

Kerjaya Sebagai Penolong Pegawai Perubatan

Pernah dengar tak dressar? Pernah dengar tak medical assisstant (MA)/Penolong Pegawai Perubatan? Hah, samalah semua tu. Kalau dulu kat kampung, MA ni dipanggil dressar. Walaupun nama MA ni banyak kali ditukar, tapi panggilan dressar lah yang paling diingati. Kalau cakap kat atuk nenek kita dressar ni mesti diorang tahu. Sekarang ni dah banyak perubahan, panggilan dressar dah ditukar kepada  MA dan sekarang dah ada MA perempuan, dulunya tak ada. Diorang yang tak tahu mesti akan panggil MA perempuan ni nurse sebab baju MA putih sama dengan nurse tapi bagi yang tajam penglihatannya, mesti akan pelik sebab ada beza baju nurse dengan MA. Baju dan seluar nurse semua putih manakala baju MA putih tapi seluarnya hitam. Tempat kerja MA dan nurse pun berbeza. Nurse kebanyakkannya kerja di wad, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA), tapi MA kebanyakannya kerja di Jabatan Kecemasan, dan Klinik Pesakit Luar(OPD). Cumanya, kalau nampak baju putih seluar hitam ni di wad, jangan pelik ya, itulah student MA yang tengah praktikal. Time praktikal, MA ni akan ditempatkan di wad perubatan, surgikal, ortopedik, dan sebagainya tapi time kerja betul-betul nanti tak diletakkan kat dalam wad.


                                                                   -ihsan dari google

Sekilas imbasan mengenai tugas-tugas MA:


Peranan Primer:

1.1Penjagaan Perubatan Primer
*Memeriksa, mendiagnosis dan merawat penyakit yang ringan
*Memberikan pendidikan kesihatan berkaitan kepada individu, kumpulan dan masyarakat
*Mendispens, memesan dan menyimpan ubat-ubatan
*Membantu dalam program latihan paramedikal dan auksiliari kakitangan dibawah seliaannya
*Menyimpan semua rekod yang berkaitan dengan pendaftaran, penjagaan pesakit dan kematian

1.2Penjagaan Kemalangan dan Kecemasan

*Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujuk kes-kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepada Pegawai Perubatan.
*Sebagai Ketua Pasukan Ambulan dan memberi rawatan kecemasan mengikut protokol yang telah ditetapkan.

1.3Pentadbiran

*Tugas-tugas penyeliaan kakitangan dibawah jagaannya serta memeriksa dan menyimpan alat pemulihan dan bekalan perubatan di Jabatan Pesakit Luar, Jabatan Kemalangan dan Kecemasan serta ambulans
*Menguruskan bilik mayat dan pemeriksaan bedah siasat mayat di hospital

2.Peranan Khusus

*Penjagaan khusus di Unit-unit khas dan wad-wad seperti Unit Ortopedik, Psikiatrik, Kardiologi dan lain-lain
*Menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan mengendalikan latihan di jabatan atau program tertentu.

Jadi, dah tahu kan sedikit sebanyak bidang tugas MA ni? Berbezakan bidang tugas MA dengan doktor dan nurse?Jadi, harap lepas ni tak ada yang keliru dah ya? Bagi sesiapa yang berminat nak mohon jawatan MA ni boleh mohon di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dibawah Program Separa Perubatan. Selalunya SPA akan selalu update mengenai pengambilan Program Separa Perubatan, jadi rajin-rajinlah baca surat khabar atau lawat laman web ni. Bila nak isi maklumat di laman web ni nanti, bolehlah pilih jawatan Penolong Pegawai Perubatan sebagai pilihan anda. Selamat Berjaya!