Tuesday, May 20, 2014

Keajaiban di Depan Mata

Assalamualaikum semua,

Sy baru sahaja menghabiskan praktikal di dewan bersalin. Perasaan kali pertama tengok proses kelahiran memang takkan dilupakan sampai bila-bila. Bagi sy, adalah satu keajaiban apabila kita dapat merasakan ada nadi lain yang berdenyut dalam tubuh badan kita. Kuasa Allah, Subhanallah. Terasa hebatnya ciptaan Allah bila seseorang perempuan itu boleh mengandung di tempat yang sesempit dah sekecil rahim. Sy rasa tidak wajar untuk anak-anak diluar sana menderhakai dan melawan cakap ibunya.


Bila dapat menyaksikan secara live proses kelahiran secara normal ni, sy dapat merasakan sakitnya seorang ibu tu bila tiba waktu untuk melahirkan anak. Masa tu rasa sayang dekat mak bercambah-cambah. Padanlah orang yang melahirkan anak ni akan diampunkan dosanya oleh Allah, memang setimpal dengan apa yang mereka lalui.

                                      
Sepanjang 8 kelahiran normal yang sy dapat tengok, semuanya melalui pengalaman yang berbeza. Selalunya, ibu yang mengandung anak pertama akan sedikit kekok ketika proses bersalin, manakala ibu yang sudah ada pengalaman bersalin akan lebih confident sepanjang proses bersalin. Cuma, apa yang sy perhatikan dalam kebanyakan kes, ibu masih tidak tahu cara yang betul untuk meneran walaupun sudah mempunyai pengalaman bersalin.

Cara betul untuk meneran ialah ibu perlu menarik nafas dalam-dalam, dan teran apabila terdapat kontraksi yang berlaku. Ibu perlu meneran secara bersambung-sambung ketika kontraksi berlaku, maksudnya ibu perlu mencuri nafas setelah habis nafas dan teruskan meneran dan begitulah seterusnya. Jika tiada sebarang kontraksi berlaku, ibu perlu menarik nafas dalam-dalam dan cuma meneran jika ada kontraksi.

Setelah melihat sendiri proses kelahiran ini, sy berpendapat bahawa setiap ibu hamil perlu diberikan pendidikan kesihatan dan diajar cara meneran yang betul semasa proses kelahiran. Proses kelahiran akan menjadi lebih mudah jika si ibu tahu cara meneran yang betul dan memberikan kerjasama yang baik dengan doktor atau jururawat yang sedang mengendalikan kelahiran.

Senaman sewaktu hamil juga akan membantu memudahkan proses kelahiran. Salah satunya adalah senaman Kegel ataupun senaman kemut. Ianya adalah satu senaman untuk menguatkan lantai pelvik. Senaman ini sangat baik untuk ibu hamil atas dua sebab penting. Pertama, senaman Kegel membantu ibu hamil mengawal kekejapan lantai pelvik. Maka ini boleh mengurangkan kes keguguran pramatang akibat serviks yang lemah ataupun tidak cukup kuat untuk menampung berat bayi di dalam kandungan. Senaman ini sangat baik untuk ibu hamil atas dua sebab penting. Kedua, dengan melakukan senaman Kegel, ibu hamil akan membentuk otot pelvik yang lebih kuat untuk meneran bayi ketika proses kelahiran kelak. Otot pelvik yang lebih kuat juga akan mengurangkan risiko koyakkan ketika meneran.

Senaman Kegel mudah sahaja dilakukan iaitu dengan:

  • Mulakan dengan berbaring. Kemutkan otot pelvik seperti mahu menahan air kencing.
  • Tahan selama 2-3 saat.
  • Lepaskan ia perlahan-lahan dan rehat sebentar.
  • Sebagai permulaan, cuba dapatkan 20 kali ulangan setiap hari.
  • Anda mungkin boleh meningkatkan masa kecutan sekiranya otot sudah menjadi kuat. Anda juga boleh melakukan senaman ini di mana-mana sahaja, pada sebarang waktu.
  • Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa melakukan ini.                                                                                                         
Diharapkan ada yang akan mendapat manfaat dari perkongsian  kali ini. Wasalam.

2 comments:

  1. apa yg husna baca dari setiap pengalaman bersalin, mereka dah tak sempat nak praktikkan apa yg dah di ajar.. sebab dah cemas.. risau mcm2..>_<

    singgah dari blog syira lokman..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.cik salju sndri tgok dpn mata.sbb dh sakit sgt n dh cemas.sbb tu sllunya doktor/nurse yg akn arahkn teran bila ada kontraksi.

      Delete