- Setiap kali anda beli pakaian atau aksesori, tunjukkan kepada suami agar dia sedar perkara itu. Jangan harap suami tahu dengan sendiri melainkan anda sendiri beritahu kepadanya.
- Jika inginkan pandangan dia mengenai pakaian baru anda itu, carilah masa suami yang sesuai iaitu semasa dia selesai makan dan sedang bersantai merehatkan badan di sofa kesayangannya. Waktu dia tidak sibuk dengan tugasnya.
- Hanya meminta pandangan tentang baju dan aksesori bukan membuat keputusan. Jika percakapan anda menggambarkan dia perlu menyelesaikannya, dia terus stres sebab dia sedar yang dirinya buta warna dan tidak pandai membuat keputusan.
- Sila sediakan soalan yang objektif, yang ada dua jawapan untuk dia pilih bukannya soalan subjektif. Ini akan menyebabkan dia terus stres. Contoh soalan objektif: "Diantara baju merah dengan baju biru, yang manakah yang abang suka"? Contoh soalan subjektif: "Apa pandangan abang mengenai baju baru ini?"
- Beri kucupan dipipinya jika dia telah memenuhi kehendak emosi anda walaupun anda tahu yang dia buta warna dan mungkin dia sendiri tidak faham akan pujiannya tadi.
\
hai awak :)
ReplyDeleteTag awak dalam entri ni
http://sitracey.blogspot.com/2014/05/liebster-award-3.html
tag saya?^_^first time kena tag ni,
ReplyDeleteSelalu tgk blog org lain dptkn pujukan...tp nie pujian...heheh...nie stu lg tmbh...
ReplyDeleteInteresting jgak..klu time suami mrh,bg je masa...slow2 pkul but sbar....konfem dpt pujian....
Tp klu suami still mrh,bg je masa...lama pn xpa...tp nt Ok le..haha...
pndpt drpd pihak llki ni,tq 4 visit,
Delete