Thursday, March 5, 2015

Kenapa Muka Saya Naik Jerawat?

Kenapa muka saya naik jerawat? Ada jugak yang jadi camni kan..apa yang kita perlu tahu, tindakan dan kesan supplement adalah berlainan mengikut badan masing-masing. Kat sini saya kongsikan kenapa muka naik jerawat selepas anda consume Dianz Vitamin.

soalan 1:

*perlu ke minum air masak /plain water yg banyak jika ambil dian'z vitamin ?

ni kesilapan kefahaman sebenarnya.. kalau anda tak ambik apa-apa supplement pun memang kena minum air yg byk..1.5liter-3liter sehari. sebab bile toksik tak boleh keluar.. jerawat akan naik.. walaupun anda pakai skin care terbaik di dunia..sama dgn supplement.. bila makan supplement.. ia akan try reduce semua toksik dlm badan.. tapi bila air takda...nak keluar melalui apa?

so muka naik jerawat sikit2 time makan supplement sebelum mendapat kulit yang cantik..kesimpulannya  air pnting untuk badan..displinkan diri untuk minum air secukupnya..jangan set your mind.. makan supplement / pakai skin care trus kulit cantik kalau anda sendiri takda displin.

Lepas dah tahu punca ni kan, janganlah stop makan dianz vitamin tu, teruskan makan, dan yang penting, air kena banyak ya. Lepas satu botol, anda akan lihatlah kesannya sendiri macam mana.


Monday, February 23, 2015

Kelebihan Dianz Vitamin

Assalamualaikum,

Seperti yang dijanjikan, entry kali ini sy akan menceritakan tentang kelebihan Dianz Vitamin.
Inilah rupa Dianz Vitamin dalam packaging baru.

Packaging dah banyak bertukar sebenarnya, waktu sy mula-mula makan dulu, kotak warna ungu ni. Tapi rasa dan kandungan vitamin tetap sama dan tiada perubahan.

Nak tahu kelebihannnya berbanding vitamin-vitamin kat luar sana? Hanya sapa yang pernah amalkan ja yang tahu kesannya. Sebelum menjadi stokis sy terlebih dulu mencuba vitamin ni. Jujur cakap, sebelum ini sy bukanlah jenis seorang yang on-time makan ubat tapi disebabkan vitamin ni mempunyai rasa yang sedap, kadang-kadang lebih dari dua biji sy ambik. Serius rasanya macam gula-gula perisa berry, tak perlu susah-susah bancuh, tak perlu telan ubat yang pahit, hanya kunyah macam gula-gula.

Dengan botolnya yang comel tu memang senang nak letak dalam handbag bila nak ke mana-mana. Berguna untuk mereka yang bekerja di pejabat, anda boleh makan bila-bila masa. Satu tablet Dianz Vitamin ni dah tersedia semua khasiat yang diperlukan oleh kulit kita. Ada Vitamin C, Vitamin E, Collagen dari ikan talapia, dan juga Glutathione dalam satu tablet yang sedap. Sapa nak bagi kan...semua ada. Tak perlu renyah-renyah lagi telan Vitamin C asing, pastu telan Vitamin E pulak. Kos pun jimat. Memang berbaloi. Jadi kat sini sy ringkaskan 10 kelebihan Dianz Vitamin bagi sy sendiri.

1) Rasa seperti gula-gula berry yang sedap(ramai yang dah komplen terlebih makan sebab sedap)
2) Botol comel yang mudah dibawa kemana-mana.
3) Dengan satu tablet dapat semua, vitamin c, vitamin e, collagen dan glutathione.
4) Ada sijil KKM.
5) Ada sijil halal.
6) Buatan Muslim(sokong produk kita)
7) Harga yang berbaloi dengan kelebihan yang kita dapat. Cuba fikir kalau kita beli Vitamin C asing, Vitamin E asing, Collagen asing dan glutathione/produk untuk putih asing, berapa kosnya? Jawab dalam hati^_^.
8) Berbentuk tablet kunyah, tak payah susah-susah bancuh.
9) Collagen dari ikan talapia, jadi, yang allergik dengan seafood boleh makan vitamin ni.
10) Kotak yang ekslusif, sy simpan kotak ni tau x? ^_^

Nak tahu perubahan yang saya alami selepas amalkan Dianz Vitamin ni? Next Entry ok?
Bagi yang nak mendapatkannya boleh sms/whatsapp sy +0143473401

Sunday, February 22, 2015

Jemput Like Page Saya

Alhamdulillah, walaupun kebelakangan ni sibuk dengan jualan di facebook, sy masih dapat menulis di blog yang tak seberapa ni. Untuk pengetahuan semua, sy kini adalah stokis sah Dian Pixy dan menjual 3 produk keluarannya iaitu Floral Mask, Dianz Vitamin dan Spopping Crystal. Sapa yang nak tahu lebih lanjut tentang ketiga tiga produk ni bolehlah tunggu entry sy yang seterusnya. Nantikan..sekarang ni sy jemput semua untuk memeriahkan lagi page sy...jom lah like ramai-ramai^_^

Inshaallah Beauty

Blog Rupa Baru

Assalamualaikum semua..

Akhirnya siap juga renovate blog ni..rasa macam serabut pulak blog lama yang, yang sekarang lebih simple pimple. Kalau dulu background berbunga bunga, tapi kali ni ringkas sahaja. Tapi warna pilihan memang tetap warna pink lah. Always love pink.

Nak ceritanya selama tiga bulan menganggur (tengah tunggu surat tawaran) ni, saya lebih fokuskan berniaga online, dan baru tersedar(lambat betul kesedaran) blog ni dah bersawang sejak final exam tahun lepas. Harap-harap bila dah mula kerja nanti tak jadi macam ni lah. Sekarang ni saya sibuk menjual produk meletup ni tau..Dianz Vitamin..nak tau apa dia tu? Next entry saya cerita ya? Saya bagi hint ja dulu, inilah, rupa founder Dianz Vitamin, flawless kan?

Monday, July 14, 2014

Sekitar Permandangan Di Taman Gunung Lang

Assalamualaikum,

Dah lama dengar pasal Taman Gunung Lang, Ipoh ni cuma tak tahu jalan ke tempatnya. Maklumlah, sy sendiri bukan asal orang Perak. Lepas search punya search, rupanya dekat ja dari tempat tinggal kat Perak ni. Jadi, hujung minggu sebelum bulan puasa, sy pun pergilah bersiar kat sini.
Alhamdulilah..dah selamat sampai pun.


Ramai rupanya yang bersiar petang-petang kat sini.

Sejuk sangat angin kat sekitar di. Ditambah lagi ada air terjun.

Ada perkhidmatan bot yang disediakan untuk pengunjung mengelilingi tasik di sini.

Apa yang sy boleh katakan, taman rekreasi ni tidaklah sebesar mana, tapi untuk sesiapa yang sukakan kehijauan alam, tempat ini mendamaikan untuk anda.






Sekitar Permandangan Di Kellies Castle

Assalamualaikum,

Kalau sebut tempat perlancongan yang terkenal di Perak ni mesti anda terbayangkan Kellie’s Castle. Dulu waktu dengar Kellie’s Castle ni, sy bayangkan istana yang besar dan cantik. Ini lah kali pertama sy menjejakkan kaki ke sana. Kellie’s Castle ini rupanya adalah tinggalan bangunan lama dan besarnya rumah ini seakan-akan istana. Rumah ini juga banyak bilik-bilik yang tersembunyi atau terowong rahsia di bawahnya. Jom kita layan gambar di sekitar Kellie’s Castle.
Istana yang dikatakan berhantu.

Permandangan dari atas Kellie's Castle. Di hadapan istana ini terdapat sungai.

Terdapat taman yang digunakan oleh keluarga William untuk beristirehat suatu ketika dulu.Besar taman ni dan permandangan disekitarnya sangat cantik.

Dari tepi tinggalan Kellie's Castle ini terdapat satu bangunan lagi yang belum siap dibina oleh keluarga William. Bangunan ini merupakan bangunan tambahan kepada Kellie's Castle yang antaranya menempatkan bilik untuk pembantu rumah.

Tapak binaan yang terbengkalai lama.

Kawasan belakang istana yang luas.

Antara barang-barang asal yang digunakan oleh keluarga William didalam istana ini.

Permandangan pada bahagian paling atas istana lama ini.

Setakat itu sahaja jalan-jalan untuk kali ini..Selamat tinggal Kellie's Castle...